BAGAIMANA MENYERTAI KAMI

 

KEAHLIAN

(a).Keahlian biasa.

 

Terbuka kepada semua majikan amah, berumur 18 tahun keatas dan warganegara Malaysia.

 

b).Keahlian seumur hidup.

 

1.Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekali gus sebanyak RM500.00 ( Ringgit Malaysia :Lima Ratus) sahaja.

 

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa diluluskan. Jawatankuasa boleh, mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

 

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan, seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

 

 

YURAN

1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-
Bayaran masuk RM 20.00 (Ringgit Malaysia: Dua puluh) sahaja.  

Yuran tahunan RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh) sahaja.



2.Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam bulan Januari setiap tahun.

 

3.Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari 2 tahun dari tempoh di fasal 6(2) akan menerima surat peringatan yang ditandatangi oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

 

4.Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dari tempoh di fasal 6(2) dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

 

5.Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi mereka yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

 

6.Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.